::Sempena Hari Ibu::

Monday, May 18, 2009

Bekal Jalanan Oleh : Abu Saif

Kenapa Ummi Mengandung?

Bukankah sepatutnya kaum lelaki yang dibebankan tugas mengandung dan melahirkan, kerana fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa?

“Ummi, kenapa ummi penat?” Tanya Naurah. “Ummi bawa adik dalam perut”, jawab Ummu Saif. “Boleh Naurah pegang?” soal Naurah.

“Yop pun nak pegang,” sampuk abangnya Saiful Islam.

“Imad..pegang!” Si kecil Imad itu pun menyibuk sama.


Saya hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Kasihan melihat isteri saya yang sering keletihan.

Terkenang zaman-zaman diperantauan dulu, Ummu Saif pengsan entah berapa kali di hospital semasa mengandungkan anak pertama kami.

Syukur Alhamdulillah, selepas Saiful Islam berusia tujuh tahun, Naurah Sabihah masuk lima tahun dan Imaduddin mencecah tiga tahun, kami dimurahkan rezeki oleh Allah untuk menyambut cahaya matakeempat yang bakal tiba Julai nanti, Isyaallah.

“Kenapa adik diam sahaja?” Saiful Islam bertanya.

“Dia tidur barangkali. Cuba rasa ini.Teka ini apa?” Ummu Saif mengajukan tangan anak-anak kami ke kiri kandungannya.

“Err, tak tahu,” kata Naurah.

“Kepala?” soal Saiful Islam.

“Bukan, Ini tangan adik. Kakinya di bawah sini!” Ummu Saif cuba mengilustrasikan kedudukan adik baru mreka di dalam perut itu.

“ha ha ha!” semua orang ketawa. Terbayang-banyangka n si adik yang sedang baring terlentang di dalam perut Ummi mereka yang semakin sarat itu.


HIBA
Adik titik air mata hiba bergengan di mata saya. Berbau sesal.

Jika semasa Ummu Saif mengandungkan anak pertama dahulu, hampir setiap hari saya akan memegang, bergurau dan bercakap-cakap dengan anak kami. Namun dek perjalanan masa, kesibukan kerja masing-masing, keramahan itu ada kalanya terhilang dari mainan kami sekeluarga. Saya merapatkan diri kesisi isteri. Anak-anak pun duduk sama di tepi.

“Assalamualaikum!” saya memberi salam

“Ha, ha! Dia bergerak!” kata Ummu Saif. Anak-anak pun jadi seronok dibuatnya.

“Susah tak bawa adik dalam perut? Cuba tanya Ummi.” Saya bertanya kepada anak-anak.

“Ummi, susah tak bawa adik dalam perut?” Tanya Saiful Islam kepada Ummi

“Tentulah susah. Berat, tahu! Boleh tambah 20kg!” kata Ummu Saif kepada anak kami.

Tentu sahaja susah. Tidak ada suatu tugas berat yang dipikul oleh seorang manusia seberat proses mengandung dan malahirkan anak. Hilang selera makan, muntah-muntah, demam, urat berpintal-pintal di kaki, tubuh bengkak air, sakit pinggang dan serba serbi jadi tidak kena.

Itulah realiti sebuah kehamilan

“Kenapa Abi tak mengandung? Abi kan kuat?” Tanya Saiful Islam.

“Ha ha, budak ni! Abi mengandung juga, tapi tak ada baby!” saya bergurau.

Anak-anak kebingungan.
Benar sekali…..

FIZIKAL, RASIONAL, EMOSIONAL
Jika difikirkan beban mengandung, bukankah labih wajar Allah Subhanahu Wa Taala jadikan para suami yang mengandung. Mereka ada kekuata fizikal. Mahu mengankat tong gas di atas bahu kanan dan kiri pun tidak punya masalah. Sepatutnya kekuatan fizikal itu digunakan untuk memikul tugas yang berat ini..hamil dan seterusnya melahirkan anak.

Tetapi saya terkenang kepada kata-kata Imam al-Ghazali bahawa “Lelaki diciptakan Allah sembilan rasional, satu emosi dan perempuan diciptakan Allah satu rasional sembilan emosi.”

Ya! Kekuatan wanita itu adalah pada emosinya. Tinggi EQ!

Emosi itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil.

Emosi untuk sabar dengan berat dan payahnya sembilan bulan mengandung. Emosi untuk membelai, memberi makan kepada diri sendiri. Emosi yang kerana emosi itulah, alam bayi di dalam kandungan digelar ALAM RAHIM, aiatu ‘alam kasih sayang’.

Kasih sayang yang sulit untuk ditmui dalam jiwa lelaki, biarpun fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa.
Aduhai anai-anak, sesungguhnya engkau tidak lahir ke dunia ini, melainkan engkau pernah dipeluk kasih dan sayang seorang ‘ibu yang Rahim’ di ALAM RAHIM.

“Abang, rasanya nak bersalin dah ni!” jerit Ummu Saif.

“Apa???” saya panik dan sesak nafas terkejut dengan jeritan itu.

“haa!” aduhai..rupa- rupanya saya bermimpi.

Peluh didahi saya kesat.

Segera menoleh ke sisi, terlihat isteri yang tidurnya tidak lena melayan resah badan dengan sarat kandungan.

“Tidurlah sayang. Biar abang bancuhkan susu Imad itu,” saya bingkas bangun meraba gelap untuk melayan tangisan Imad yang terkejut oleh kejutan saya tadi.

Semoga Allah limpahkan seluas-luas cinta dan kasih-Nya buat bondaku dan bonda isteriku yang telah mengandung dan membesarkan kami dengan kasih sayang, semoga cinta dan kasih-Nya juga disiramkan ke hati dan jiwa isteriku, yang bermujahadah dalam cinta dan kasih kami, untuk mengandung, melahir dan
membesarkan anak-anak penyejuk mata.

“dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung keletihan demi keletihan (dari awal mengandung hingga akhir menyusu), dan temppoh menceraikan susunya adakah dalam masa dua tahun;(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kedua-dua ibu bapamu’ dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balsan),” (LUQMAN:14)

Selamat hari ibu 2009.

Petikan dari Majalah Anis Mei 2009


P/s: Masa kat UiTM dulu, kat kelas, lecturer umi penah menyuruh kami pejamkan mata, lalu dibacanya surah dan tenangkan hati... Lalu dia bertanya apa yg kita nampak...dan disoal sorang demi seorang...Sampai turn umi...umi nampak umi berjalan ke arah sebuah rumah dlm keadaan sarat mengandung...lalu ada 2 kanak-kanak berlari ke arah umi...dan bila pandang ke arah rumah tersebut, ada seorang lalki sedang mendukung budak dalam 2-3 tahun...Rasanya itu ialah keadaan umi pada masa akan datang...
Kwn2 kelas semuanya seronok mendengar cerita, ada yg bergurau dgn umi, sama ada lelaki itu adalah dia dan ada yg bertanya jumlah anak umi semuanya...
Bila dah berkahwin dan ada rezeki utk mengandung...barulah umi paham...sebenarnya mengandungkan zuriat suami ini adalah perkara yg paling indah yg penah berlaku dlm hidup kiter...
Sehingga skrg umi masih takut utk bersalin, tp dgn adanya ayah...umi rasa umi boleh lakukannya...sakit semua hilang bila dapat bertemu anak yg kiter kandungkan selama 9 bulan..
Mak, along memang dapat rasa apa yg mak rasa...terima kasih mak...selamat hari ibu...
Mak, terima kasih sbb lahirkan abg edy utk umi...

2 comments:

Ju@Lucky^Mummy said...

Sedih la baca entry ko nie...

Nidza said...

tu lah...aku baca entry org ni...mmg sedih...aku pun letak dlm blog ni...