::Masuk Hospital::

Wednesday, May 20, 2009

7hb bulan aritu Umi masuk hospital gara-gara diabetes during pregnancy.ini terjadi biler insulin di dalam badan kiter tidak mampu menukarkan gula yg ada dlm badan kiter kepada tenaga disebabkan horman yg tidak stabil semasa mengandung (hormon tinggi).

Doktor call umi pepagi lagi.tapi umi masuk meeting dari pagi hingga ke tengahari.so doc call Ayah dan inform yg Umi perlu masuk hospital ari tu jugak.kalo boleh awal.Umi pulak dapat msg urgent dari Ayah.ingatkan ada hal penting.rupa2nya hal ini.Umi cakap Umi akan masuk malam nanti sbb ada byk keja nak disetelkan dan nak jumpa Harris.

Malam tu Umi dah kena tido kat hosp. (HUKM).ingat nak pakai personal insurans.bila call agen tu dia ckp pregnancy x cover.hem..nak wat mcm mana...masuk je lah open ward.

So bermula lah kehidupan Umi dekat dalam hosp.Umi kena ikut diet yg ditetapkan.Makan apa yg disediakan oleh Hosp.tapi yg wat Umi stress tu dia punya paras still tinggi.Doc ada hati nak suruh Umi duk situ lelama. abis tu, keja kat ofis melambak tu sapa nak setelkan? sampai lah datang sorang prof. ni suh naikkan paras insulin yg Umi kena amik.baru turun.

Selasa seterusnya baru Umi dapat keluar.sian Ayah dgn Harris.

Sekarang ni Umi masih lagi amik insulin. Alhamdullillah.baby sihat.saiz dia pun normal.dan nampak jantinanya.

p/s: lagi 2 bulan lagi sebelum bersalin. Doakan Umi agar mudah bersalin.

0 comments: