::"Nasi Ganja" Nasi Kandar Istimewa Ipoh::

Monday, June 23, 2008



Utusan Malaysia, tarikh 24hb Jun 2008
IPOH 23 Jun - Kalau berkunjung ke bandar raya ini, tidak sah rasanya kalau tidak singgah makan nasi kandar di sebuah gerai yang terletak dalam sebuah restoran Cina lama iaitu Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom, di sini.

Gerai tersebut yang telah dibuka sejak tahun 1960 iaitu seusia kedai kopi itu bukan sahaja yang tertua di bandar raya ini, malah yang paling popular di kalangan penggemar nasi kandar.

Walaupun nama asal masakan itu ialah Nasi Kandar Ayam Merah, kebanyakan orang menggelarkannya sebagai 'nasi ganja' kerana kesedapannya boleh membuatkan orang merasa 'ketagih'.

Warga bandar raya ini yang pernah mencuba 'nasi ganja' itu pasti akan menjadi pelanggan setia masakan itu manakala orang dari luar pula tidak akan lupa singgah makan di situ setiap kali berkunjung ke bandar raya ini.

Sekiranya anda berkunjung ke restoran itu pada waktu tengah hari, anda bukan sahaja terpaksa beratur panjang malah sukar untuk mendapat tempat duduk.

Bagaimanapun, penggemar masakan itu sanggup beratur panjang untuk semata-mata untuk menghilangkan rasa 'ketagihan' mereka terhadap 'nasi ganja'.

Menariknya, pelanggan restoran itu terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India walaupun ia merupakan kedai kopi Cina.

''Vangge, vangge, vangge', panggilan dalam bahasa Tamil yang bermaksud 'marilah, marilah, marilah' itulah yang akan berkumandang setiap kali anda lalu di hadapan restoran berkenaan.

Sama seperti Kedai Kopi Yong Suan, pengusaha asal nasi kandar tersebut, Kamal Naseer Abdul Rahman, sudah meninggal dunia dan tradisi perniagaan tersebut diteruskan oleh ahli keluarga.

Adik ipar Kamal, Nihmatullah Syed Mustafa, 44, keistimewaan 'nasi ganja' ialah ayam merahnya dimasak menggunakan sambal kelapa yang tidak boleh didapati di mana-mana restoran lain di seluruh negara. (memang sedap!!)

''Nasi kandar ini menggunakan resipi kami sendiri. Kami menggunakan rempah yang digiling dan ia dibeli di Pulau Pinang," katanya.

Menurut Nihmatullah, sejak dibuka 49 tahun lepas, 'nasi ganja' semakin hari semakin mendapat sambutan daripada orang ramai termasuk daripada pelancong asing dari Singapura, Thailand dan juga Australia.

Katanya, kebanyakan pelanggannya memberitahu keistimewaan 'nasi ganja' terletak pada ayam merah yang tidak boleh ditandingi mana-mana pengusaha nasi kandar lain.

''Dulu, tempat ini menjadi tumpuan orang ramai kerana terletak di hadapan stesen bas Tanjung Rambutan. Walaupun stesen bas itu telah ditutup pada 15 tahun lepas, sambutan orang ramai terhadap 'nasi ganja' tidak pernah pudar," katanya.

''Biasanya, kami boleh menjual tidak kurang daripada 1,000 pinggan nasi kandar," katanya.
Sementara itu, pemilik kedai kopi, Yang Yong Suan, 58, berkata, sambutan hebat orang ramai ke atas masakan nasi kandar itu turut membantu melariskan jualan minuman dan roti bakar yang dijual di kedai yang diwarisi daripada mendiang ayahnya.

P/S: Memang kalau datang ke Ipoh memang akan singgah, even kalau pergi sebelah utara pun sanggup singgah sini untuk makan nasi kandar. Dulu masa umi mengandungkan Harris, umi minta atuk Harris tolong belikan nasi kandar kat sini gara-gara mengidam...

1 comments:

Anonymous said...

huahuahua...
slalu je singgah kalau On the way balik KL dr sini~

p/s: bLaja makan dr uNcle redza. huhu