::Langkawi::

Monday, June 30, 2008

Umi sekeluarga pergi Langkawi masa cuti Labour Day hari tu..4 hari 3 malam..naik AirAsia. Sampai sana tengah malam terus check-in kat Hotel Helang kira-kira 10 minit berjalan kaki..



Harris semasa breakfast kat Hotel Helang..stay satu malam jer sebab dah booking apartment



Pergi tengok penguin..Harris suka sangat..


Memerang


Jellyfish

Sebenarnya masih banyak lagi gambar haiwan-haiwan laut ni..tapi x transfer lagi..nantikan Langkawi bahagian kedua.....

::TITUS Watch::

Tuesday, June 24, 2008


Alhamdullillah..I got my new watch after i'm lost my ELLE. Ayah bought it for umi.
Thanks.
We went to KLCC last night lepas balik dari rumah Nek Lang di Kg. Baru. We asked abah aka atuk Harris to dropped us at KLCC so we can survey.
Sampai jer kat City Chain, ada sale sampai 50%.
Ayah berkenan kat Seiko because no needs using battery but umi prefer to Titus. So, after bertelagah pendapat, ayah cakap ok to me to make decision. My new watch is not like in this picture because I can't find any image same as mine. Takpelah asalkan ada juga persamaannya. Thanks lagi sekali yah...Umi love you....muah...muah...(1 of top present already get)

::"Nasi Ganja" Nasi Kandar Istimewa Ipoh::

Monday, June 23, 2008



Utusan Malaysia, tarikh 24hb Jun 2008
IPOH 23 Jun - Kalau berkunjung ke bandar raya ini, tidak sah rasanya kalau tidak singgah makan nasi kandar di sebuah gerai yang terletak dalam sebuah restoran Cina lama iaitu Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom, di sini.

Gerai tersebut yang telah dibuka sejak tahun 1960 iaitu seusia kedai kopi itu bukan sahaja yang tertua di bandar raya ini, malah yang paling popular di kalangan penggemar nasi kandar.

Walaupun nama asal masakan itu ialah Nasi Kandar Ayam Merah, kebanyakan orang menggelarkannya sebagai 'nasi ganja' kerana kesedapannya boleh membuatkan orang merasa 'ketagih'.

Warga bandar raya ini yang pernah mencuba 'nasi ganja' itu pasti akan menjadi pelanggan setia masakan itu manakala orang dari luar pula tidak akan lupa singgah makan di situ setiap kali berkunjung ke bandar raya ini.

Sekiranya anda berkunjung ke restoran itu pada waktu tengah hari, anda bukan sahaja terpaksa beratur panjang malah sukar untuk mendapat tempat duduk.

Bagaimanapun, penggemar masakan itu sanggup beratur panjang untuk semata-mata untuk menghilangkan rasa 'ketagihan' mereka terhadap 'nasi ganja'.

Menariknya, pelanggan restoran itu terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India walaupun ia merupakan kedai kopi Cina.

''Vangge, vangge, vangge', panggilan dalam bahasa Tamil yang bermaksud 'marilah, marilah, marilah' itulah yang akan berkumandang setiap kali anda lalu di hadapan restoran berkenaan.

Sama seperti Kedai Kopi Yong Suan, pengusaha asal nasi kandar tersebut, Kamal Naseer Abdul Rahman, sudah meninggal dunia dan tradisi perniagaan tersebut diteruskan oleh ahli keluarga.

Adik ipar Kamal, Nihmatullah Syed Mustafa, 44, keistimewaan 'nasi ganja' ialah ayam merahnya dimasak menggunakan sambal kelapa yang tidak boleh didapati di mana-mana restoran lain di seluruh negara. (memang sedap!!)

''Nasi kandar ini menggunakan resipi kami sendiri. Kami menggunakan rempah yang digiling dan ia dibeli di Pulau Pinang," katanya.

Menurut Nihmatullah, sejak dibuka 49 tahun lepas, 'nasi ganja' semakin hari semakin mendapat sambutan daripada orang ramai termasuk daripada pelancong asing dari Singapura, Thailand dan juga Australia.

Katanya, kebanyakan pelanggannya memberitahu keistimewaan 'nasi ganja' terletak pada ayam merah yang tidak boleh ditandingi mana-mana pengusaha nasi kandar lain.

''Dulu, tempat ini menjadi tumpuan orang ramai kerana terletak di hadapan stesen bas Tanjung Rambutan. Walaupun stesen bas itu telah ditutup pada 15 tahun lepas, sambutan orang ramai terhadap 'nasi ganja' tidak pernah pudar," katanya.

''Biasanya, kami boleh menjual tidak kurang daripada 1,000 pinggan nasi kandar," katanya.
Sementara itu, pemilik kedai kopi, Yang Yong Suan, 58, berkata, sambutan hebat orang ramai ke atas masakan nasi kandar itu turut membantu melariskan jualan minuman dan roti bakar yang dijual di kedai yang diwarisi daripada mendiang ayahnya.

P/S: Memang kalau datang ke Ipoh memang akan singgah, even kalau pergi sebelah utara pun sanggup singgah sini untuk makan nasi kandar. Dulu masa umi mengandungkan Harris, umi minta atuk Harris tolong belikan nasi kandar kat sini gara-gara mengidam...

::T.A.G.G.E.D::

Sunday, June 22, 2008



Dah pulak kena tagged..lambat bagi my answers as i just create my blog..hehehe


:List Out Top 5 Presents You Wish & The Reason For Your Choices:


1) A Car



I needs a new car as my family just added a new family member (Harris Zikri)..Just simple family car..kan ayah? So easy going back to kampung..



2) Wedding Ring


The reason is..my finger going bigger and bigger..yelah jari-jemari sosej ayahlah katakan..cincin yang ada ni dah semakin ketat..sian ayah terpaksa beli cincin baru untuk umi..



3) Bag

I needs a new bag for my new workplace as new staff..hehehe..(can i put it as reason??)



4) Watch


2 weeks ago, I want to buy watch at Alpha Angle, Wangsa Maju..a very cheap one but ayah tak kasi umi beli sebab dia cakap nak belikan..boleh pulak??



5) Relaxing Spa


No reasons as i really needs one..



:The Person Who Tagged You is: Nonoi @ Julia


:5 Impression of Her/Him:


Talkative


Sensitive (Ooopsss)


Creative


Care About Others


Moody (especially when she been scold by her ama, huhuhu)


:Most Memorable Thing She/He Has Done For You:


Not for me actually, but to my little one..She baked cupcakes and create my baby name on top of it even it is wrongly spelled..Very creative one..and he will be 1 year old this coming August and hope that auntie Nonoi will do it again with correct spelling on it..

:5 Persons You Wanna Tag:

Carrotsusu

SenoritaJu

Effa

Ayien

Zulied

::Spelling Error::

Friday, June 20, 2008



For Nonoi...


It suppose be Harris Zikri...not Haris Zikri...Tu anak orang lain...Harris is not happy with that...hehehehe...Dah jadi auntie almost 11 months pun tak tau...

::Resignation::


Already tender resignation to my boss..seem not too happy..but i'm happy..yahoo!!
Very nervous actually..but i don't care..

My new workplace...later i tell you...

::Untuk Mala::

Tuesday, June 17, 2008

Untuk tatapan cousinku Mala yang sedang mencari Mak Andam untuk hari bahagianya nanti.
Zirin Le Beaute atau Azira ownernya yang makeupkan umi ni. Takdelah "vazz" sangat tapi bolehlah sedap mata memandang. Ada seri gitu....Kalau nak lagi gambarnya...boleh request kat umi ni hah...

::Blog Famili::


Dari sehari ke sehari..dari zaman baru bertunang, sampai dah berkahwin, dari mengandung sampai dah bersalin ayah nak create blog untuk umi..baru ni lah dapat..


Harris pun dah 10 bulan..

::Happy Birthday::

Monday, June 16, 2008





















Zainul Arrifin Bin Abdul Talib dah mencecah 18 tahun this year..dah akil baligh..dah ada girlfriend..bulan Julai ni pun will register masuk Politeknik Dungun dalam jurusan Automotive..Umi sekeluarga doakan Enol akan success in life..jadi anak, abang, adik yang baik dan soleh (sebenarnya picture diblogkan seminggu selepas birthdaynya)
Ingat lagi masa first emak umi aka nenek Harris mengambil upah jaga anak orang..Enol lah baby yang pertama..dengan tak cukup bulannya..kecik je masa dulu..Mak umi dah treat dia macam anak sendiri maklumlah takde anak lelaki..Umi adik-beradik pun takde adik lelaki..punyalah manja sampai kalau seminggu tu..4 hari tidur kat rumah emak umi..yang selebihnya baru balik rumah dia..memang apa-apa hal dia lah kami dulukan..sampai sekarang..mak umi kalau kata dia nak datang rumah akan masak lauk yang dia suka makan..kekadang usik jugak mak umi tu..kalau anak sendiri nak makan..gasak koranglah..makan je apa yang mak umi masak tak boleh nak request-request..
Sekarang ni dah besar..sekejap jer masa berlalu..arwah nek pernah mengusik dia nak tukar Bin dengan abah umi..dia senyum je dengan lesung pipit keciknya kelihatan..