::Rindu::

Wednesday, August 27, 2008

Baru sehari ayah Harris pergi UUM, umi dgn Harris dah mula rindu...asyik2 buat video call...ni baru dia kat utara sana..nanti kalo dia fly pergi Jepun macam mana erk? Harris macam malu2 bila nampak muka ayah dia kat phone umi...tersengih gatal..tak tau nak letak muka dia kat mana...selainbuat video call, boleh gak ubat rindu dgn send MMS...umi send ayah gmbr Harris dgn ragamnya kat HP dia...ayah ckp terubat rindu dia...haah...dia pun rindu kiterorang gak...huhuhu...
xperlah yah...umi paham...ayah kena habiskan gak misi ayah tu...caiyoo!!rindu pun rindulah...umi yakin ayah akan berjaya...umi akan doakan kejayaan ayah...
Yah...jaga diri baik2 yer...makan ubat batuk (ayah pergi ke UUM dgn condition xsihat sgt..batuk2..)...balik nanti kiter sambut anniversary kiter erk...
P/S : umi dgn Harris duk umah nenek sampai jumaat...

::Tag Lagi::

Saturday, August 23, 2008

Di'tagged' oleh Mala...

5 Tabiat buruk di sekolah...
1. Suka tiru buku orang
2. Selalu x siap keja sekolah (slalu kena denda)
3. Tido dalam kelas (ni masa Sukom je...kena angkut air ke tkt 3 mlm2 buta)
4. Merayap bila cikgu takde
5. ...................

3 Favourite subjects
1. Sejarah (psl cikgu dia best....Cikgu sh.nora, cikgu rozita...spm dpt A2)
2. Pendidikan Islam (Dpt Ustazah Suraya ngajar dlm kelas utk 3 tahun...sporting giler)
3. PJK (best sbb dpt bersukan...bergurau dan release tension)

3 subjects paling x suka
1. Prinsip Akaun (Miss Goh ajar xbest)
2. Ekonomi Asas (Umi sikit pun xtertarik dgn subject ni sbb cikgu dia asyik je bersalin)
3. Math (mmg agaknya Umi mmg x suka bab ngira...)

Apa yang menarik tentang anda....
Suka tlg org...bantu mereka yg memerlukan bantuan....huhuhu...
Manja...hahaha...kwn2 umi penah ckp umi ni manja...sbb selagi xdpt apa yg umi nak...umi akan pastikan sumanya kan tercapai...paksa diorg smpai berjaya...spt tgk wayang kuch2 hota hai 2 kali...kwn umi ju lagilah...byk kali dia pg tgk...lg manja...(hahaha...sori ju...umi nak selamatkan diri)...ayah pun ckp mcm tu...(hemmm...manja tang mana tuh...??)

Kamu paling suka....
1. Makan...umi dan ayah akan pg meng'explore' kdai makan yg best2...dan akan bg ratingnya...
2. Shopping (beg dan kasut)
3. Jejalan (skrg ni Umi ada kat A'Famosa Resort)

Anda xbleh hidup tanpa....
1. Famili umi (ayah & Harris)
2. Mak abah umi, adik2 umi
3. Famili belah mak umi, abah umi dan famili ayah

Setiap malam...sebelum tido...siapa yg anda hubungi....
Dulu2 masa bercinta...ayah yg call umi...lepas rindu...skrg ni umi call mak umi bg report semasa si Harris...xpun...kalo ayah blum balik lg...umi ngantuk akan call dia...xpyh tahan mata tggu dia...lepas rindu kat tpn sudah...

Skrg...turn korang pulak kena "Tagged"....
1. Ayah
2. Nonoi
3. Ju

::Boston Grill @ Tesco::

Thursday, August 21, 2008

Semalam pegi jejalan kat Tesco and decided to have dinner kat Boston Grill...Cantik konsepnya and the foods...Red and black...
Date : 20 August 2008
Time : 8.30 pm
Venue : Tesco Taman Midah
Ayah pilih ni...Bolognaise together with mushroom soup and strawberry pudding...Xsempat tangkap gmbr...dah abis...

Ayah pilih gak...Lamb shoulder's, well done...Memang sedap...

Umi pilih yang ni...sbb Harris pun boleh makan jugak...

Actually, warna air ni warna biru .. nama pun "shocking lemon"...x nmpk pun birunya dalam gmbr ni...

Umi bagi 3.5 bintang...Yeah!!

::HotFM::

Wednesday, July 30, 2008


Semalam dgr topic kat HotFM pasal “Perempuan Kaki Pukul”. Umi teringatlah citer masa kat ofis lama…Nak katakan ni bukanlah kaki pukul tapi kaki gaduh (pun x jugak)…

Secretary bos2 umi bergaduh..Puncanya satu..dari mulut seorang pompuan gak…Dibantu pulak dengan lelaki yang mulutnya macam betina..huhuhu…

Nak kata salah dua2 tu umi xtau lah nak cakap apa tapi disebabkan terlalu bawa emosi…dieroang tak tgk dalang di sebaliknya…

Mula2 gaduh mulut…umi suruh A ni diam jer…Pastu B ni xpuas hati…Tau jer lah hati dah panas…Serang fizikal lak…A ni geram mulalah bergaduh…Umi dengan ada kakak akaun ni x amik port…tapi dah smpai tarik2 rambut, tendang2, tumbuk2..kenalah leraikan…kudrat dierorang ya rabbi..macam lelaki…sakit tangan umi kena cakar nak leraikan…

Tiba2 bos besar pun keluar…Baru boleh lerai….Kalo umi tau dari mula lagi umi panggil big bos...Skrg dua2 secretary bos2 dah blah termasuk umi gak...Bwk diri selepas diri umi gak kena penangan mulut betina dgn dalang konspirasi ni....

Secretary2 ni pun dgr khabar pun bahagia jer…

Alhamdullillah…Hubby umi support umi…Ni dah keja kat tmpt yg aman damai..setakat ni x jumpa lagi kaki gaduh...kaki bodek...kaki ngumpat sbb dierorang suma profesional sama taraf dengan umi...huhuhu...

P/S : Jumpa jodoh kat company ni ler…

::SMS::

Thursday, July 24, 2008

Umi : Dah dpt ke blm? Blk awal x?
(soalan ni ditanya pasal nak tau pos express yg diwat ke umah mertua pastu tanya balik awal ke tak sbb dia selalu balik lewat...kalo lewat umi lepak umah nenek Harris)

Ayah : Dah dpt dah. Blk awal la hr ni, nak bunuh setan. (blur umi jap)

Umi : Setan mana? ( Umi ingatkan ayah nak sambung tgk DVD Bleach, or geram dgn org Jepun
kat ofis dier, rupa2nya silap)

Ayah : Le mlm jumaat kan mlm bunuh setan. Tp bunuh setan xleh wat sorang2. Die kene wat 2 org
dgn ayg.. (jawapan tuttsss...yg wat muka umi merah-kemerahan...ada ke patut dia jwb mcm ni...)


P/s : Umi ni cepat blur psl benda2 ni...huhuhu...

::Di IMU::

Monday, July 21, 2008

Hari ni dah masuk hari kelima umi bekerja di IMU.

Umi ditempatkan di bahagian Chancellery. Gempak le tu…

Dapat position pun bagus..Pangkat dinaikkkan..Gaji pun best.. Alhamdullillah..

Syukur teramat-amat..Umi dapat keta idaman...
WRP33*3

Harris lahir 3hb..tahun ni Ayah 30 dan Umi lahir pada bulan 3.

Setakat ni semuanya baik dan positif..

Semoga Umi sekeluarga menjadi sebuah keluarga yang sentiasa bersyukur.

::Jejak Tanah Harris::

Monday, July 14, 2008

13hb bulan Julai aritu..famili sebelah umi buat Majlis Jejak Tanah untuk harris..ikut adat Pagar Ruyung..Barang-barang yang perlu ada ialah :-



Bertih

Beras Kunyit

Bunga berwarna-warni (bukan menjalar)

Kain kuning

Payung kuning (digunakan kalau dibuat di luar rumah)

Ayam betina yang masih hidup (untuk baby boy, kalau gurl, ayam jantan)

Ayam panggang

Ibu Kunyit

Tepung beras 3 warna (hitam, putih, merah)

Pulut kuning

Baju kuning

Bunga dan daun gelenggang

Limau purut



Semuanya mesti ada. Mula-mula Nek Lang (Nek Sedara umi yang tau tentang adat ni) membaca doa dari kepala sampai ke kaki.


Harris lepas tu dipimpin pergi ke arah ayah dan umi yang memasing tunggu di hujung kain. 7 kali ulang alik.

Lepas tu satu badan di sapu dengan ibu kunyit. Upacara yang utama pun bermula. Dalam satu pinggan tu ada bunga, pulut kunyit, bertih dan cincin emas.

Tanpa bantuan sesiapa Harris pun memilih pulut kuning. Orang rawa cakap kalau pilih pulut kunyit dia akan murah rezeki. Alhamdullillah.

Misalnya Harris pilih bertih, mulutnya akan pot pet pot pet 24 jam. Kalau cincin dan bunga dia akan jatuh sakit. Jauhkanlah benda yang negatif ni.

Akhir sekali dia dimandikan dengan air limau dan tepung beras yang berwarna-warni tu.

Selesai. Tapi kena gak berpantang tak boleh pijak tanah lagi untuk 7 hari. Kalau gurl 3 hari jer.

Harris dan umi sebelum mula majlis


Kain rentang dengan bunga

Cincin, bunga, pulut kuning dan bertih
Sengih anak umi ni

Nangis sebab lama sangat

Baru rileks